Monday, June 4, 2012

Small Lovas

 

P3231519

Gedempol dan Aladdin. Gedempol sentiasa menganggu tidur saya sepanjang cuti memandangkan dia tidur tanpa seat belt dan menyebabkan kakinya bakal menghempat muka anda menjelang 4.30pagi.

Saturday, June 2, 2012

Terlebih rajin


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Hari ni kan hari sabtu, maka kalau bukak channel apa-apa sekalipun, memang banyak cerita budak-budak je la ( cerita budak maknanya cerita yang budak-budak rasa lawak habis even diorang pun rasa mustahil kenapalah Dibo boleh kasik hadiah jatuh dari langit, mustahil amat mustahil ). Dan memandangkan budak-budak kecik aka anak-anak buah dah balik rumah masing-masing, maka dengan ini semua masa menonton tv tidak lagi perlu dikongsi dan secara rasminya kesemua siaran tv 24/7 menjadi milikkkuuuu.

Phew, apa lagi, bukak Karoot Komedia @ Warna lepastu tgk movie apa-apa entah @411. Lepastu tengok member keluar tv buat iklan dengan Sabri Yunus. *jeles. Boleh pulak buat part time ambil part time iklan kan. Siap masuk Malaysia Hari Ini lagi. Terus trending dalam FB batch sekolah menengah. ==’ lame tak budak SBP. Of course tak, tu namanya complimentary banggakan imej batch. HAHAHAHA


DSCN2609
First time bajet terel ambik shot gambar guna kamera cap nikon ape entah. Kamera lama berzaman dan beli, hari ni lah baru godak nak belajar ambik gambar blur-blur tak seberapa ni.

DSCN2612
Democracy and nature. Tiba-tiba bagi tajuk gambar, baru nampak pro walaupun kamera cikai itik je.

DSCN2617
Ingat lagi tak sama kuda putih itu. Buat masa sekarang berehat sepuasnya, sebelum mula berkhidmat 2 minggu dari sekarang. HEHEHE


Tak tahu la kenapa terlebih rajin update hari hari. Since semua post pun syok sendiri, nak buat macam mana. Tak nak baca pun takpa.

Friday, June 1, 2012

1st of June

 

Berkira-kira jari menjelang Ramadhan. Dah tak berapa hari dah lagi. Puasa sangat best. Sebab kita dapat jaga kesihatan dan beberapa lagi kelebihan yang telah dicakapkan Allah. Kalau nak tahu kelebihan puasa, do google-ing byself please. HEHEHE.

 

Takda apa nak cerita. Banyak kenduri famili nak attend. Sedihnya, member satu sekolah dan satu institut sekarang buat majlis kesyukuran esok, tak dapat pergi sebab esok pun ada kenduri @Pengkalan Kubor.

 

Satu lagi, saya baru sahaja pulang bercuti dan saya tinggalkan anda-anda dgn beberapa gambar menarik. Ahakx !

 

DSCN2602

DSCN2517

DSCN2519

DSCN2490

Dan disudahi dengan gaya Tauke Raja Lawak dlm superspontan. Muka kemek.

 

Till then. Looking forward nak praktikum fasa dua dah ni. Tak sabar nak mengajar dan mendidik anak bangsa :)

Tuesday, May 29, 2012

Azam semester baru

 

A-must

1) Nak saving duit sebab nak beli jam tangan.

2) Buat assigments sebaik mungkin

3) Dalam kelas nak belajar, tak nak dgr mp3 dah. Tak nak bawak mp3 masuk kelas.

4) Nak saving duit minyak kereta

 

Seriusnya, sem ni banyak gila main main. Pergi kelas tak buat apa. Salin nota pun tak. Even testpad pun xda plus pen tu beli semata-mata nak study masa studyweek dgn nak jwb exam. Bukak je netbook nak buat presentation, terus connect internet,  skype, browsing cst production, bukak itu, bukak ini. Tup tup dah 4am, terus buat powerpoint 10 slide, tak da hyperlink apa, terus print lepastu present. Tak bagus tak bagus.

 

Since baru je baca buku motivasi, terus nak berubah. Satu langkah pun ok dah. Orgr puteh cakap at least do some changes, jgn nak stagnant kalau nak transform.Cliché je bunyi nasihat buku ni sebenarnya, tapi macam yang dicakapkan, manusia ni mudah lupa, jadi dengan adanya masa nak baca ( sikit je pun aku baca) buku ilmiah ni, maka at least tersedar jugak lah kesilapan bodoh yang aku buat 6 bulan ni.

 

Dugaan tu hal biasa lah. Just chill up, lepastu handle everything with care. Gitu, mcm beli gelas je nak handle with care bagai. Dugaan melampau dekat rumah ni is television ! Buka channel tu best, channel ni best. layan cerita Paan dan Paiz pun berdekah dekah, layan masterchef pun emo, nasib tak tweet je maki dot dot dot.HAHAHA. Satu lagi, best jugak cerita elly dan epit at astro ceria ni. Lepastu cerita apa entah yang ada adibah nor pakai baju mcm org masuk jail tu, tu pun rasa mcm menjilat jari tahap kebest-annya.

 

Oleh itu, next sem lihatlah perubahan selangkah demi selangkahku. Akan kujadi lebih nerd dan lebih serius. Matilah sapa teammate tu. HeHeHe. Till then.

Haul-i-day

 

Assalamulaikum wbt dan selamat sejahtera Malaysia

 

Saya bercuti dari menjadi full-time student sekarang ni. Cuti started 25th May sampailah tak tahu tarikhnya. Yang saya tahu cuti saya sebanyak 3 minggu.  Azab exam dah tamat dan paper penamat sangat susah. Satu lagi maklumat extra, paper KOAM haritu yang beriya-riya pergi kursus tu dah keluar result. Saya fail ==’. Tapi toksah meraung ke apa, it’s optional dan bukan aku study pun dan  saya plus rakan-rakan diwajibkan bayar utk seat for that paper agar dimasa depan kelak boleh jadi coach olahraga termasyur. Kesimpulannya, saya tak layak jadi coach olahraga. Thank you.

 

Hem hem. Cuma sedikit sebanyak review pasal paper-paper exam haritu. Seriously, this semester memang banyak gila main-main dalam kelas. Yang aku fokus adalah masa kena present sebab kena study semua benda pasal soalan presentation, lepastu belajar sikit masa presentation orang lain dan last sekali masa study weeek. Since masa study week pun ( approximately 2 weeks ), aku telah pulang dan menemui sahabat handai, maka semua azam utk cover semua subjects this semester menghampiri kegagalan.

 

First paper adalah EDU 3103. OK OK je. Jawab mcm biasa aku jawab exam. Apa yang aku ingat adalah, masa exam dalam dewan tu, aircond tarak dan aku adalah calon yang duduk belakang sekali tempat tak da pintu, tingkap ataupun lubang yang boleh bantu udara/haba nak keluar. Blame the aircond kalau tak lulus!

On the next day tu pulak paper major Remedial Mats. OK OK je la. Yang ni pulak terlebih sejuk pulak aircondnya. Susah jugak paper ni. And time mandi lepas 4th paper haritu, aku baru sedar, aku lupa nak letak perancangan masa for each activities dalam RPH tu. Dear CWC, tolonglah pejam mata masa semak kertas jwpn tu. Ameen

3rd paper pun major jugak, isu and trenda. Tuff jugak, tapi layankan jelah.

4th paper ni yang lecturer buat. So, sapa-sapa yang baik dgn pensyarah dapat la klu ke, spot ke apa-apa yang membantu time exam. BM dan daku memang tak mungkin bersatu, dah la tu nak taksir-taksir pulak. Definition taksir pun tak faham ! Lulus please

And last paper. the hazab-nees one. Susah, tak pernah belajar dan soalan tahap apa entah. YTK, mintak-mintak pensyarah tolong. Risau jugak, tapi kena be prepared je la. :)

 

Itu sahaja. Banyak kenduri sepupu sepapat nak pergi. Till then. Salam

Sunday, May 20, 2012

Garisan Penamat


Assalamualaikum wbt dan slmt sejahtera

Bangun awal pagi, sebab nak cover balik subject nak exam esok ni. Bukak je tingkap, bau karipap garing tambah inti ubi ada ayam sikit-sikit. Beeeesssstttt tu ! Bermula hari ni, fasa serius study wajibul dijalankan. 3 paper in a row ==’. Tapi takpa, Pencipta kan dah cakap yang kalau kita usaha plus doa plus tawakal, makanya kegembiraan buatmu. Mulakan usaha sekarang meng-cover pembelajaran satu semester.


Selasa 2-30pm-5.00pm = Isu dan Trenda dalam Pend. Pemulihan
Rabu 2-30pm-5.00pm= Pentaksiran BM Sekolah Rendah
Khamis 2-30pm-5.00pm = Pedagogi Nombor, Pecahan, Peratus dan Perpuluhan


DSCN0491
Lapar-lapar-lapar…..Char Kueh Tiow Sg. Dua

Till then. Salam warahmatullahhiwabarakatuh!

Friday, May 18, 2012

True

 

Kadang-kadang rasa tak adil bila masa org lain tiru assigments dapat je proceed next sem, ponteng kelas 80 jam dapat teruskan pengajian, lepastu ada jugak lecturer cakap, exam paper jawab entah pape, tapi depa tolong and dapat result semua keluar 3 and above. Pelik tapi benar.

 

Buat masalah disiplin gila gila dapat teruskan pengajian atau pun cuma kena denda seciput parent bayarkan. Next sem buat lagi parent bayar lagi.

 

Please do something. Kesian yang nerd mcm aku. Memang dah nasib masuk bidang noble ni. I repeat NOBLE. NOBLE. NOBLE. NOOBLE